Bahan-Bahan:
Loyang 8” x 8” x 3”
500g pure butter
200g gula halus
300g susu pekat manis
10 biji telur gred A1
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung biskut marie (kisar biskut marie, ayak, dan sukat)
200g horlicks
200g susu tepung coklat
Cara-cara:
1. Satukan butter, gula, dan susu pekat. Putar sehingga putih dan gebu. Masukkan telur satu per satu. Putar sehingga kembang.Masukkan esen vanila.
2. Perlahankan mixer, masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sekadar sebati.
3. Timbang adunan, kemudian bahagikan kepada 2 bahagian sama rata;
Bahagian A:
Masukkan horlicks dan gaul sebati
Bahagian B:
Masukkan susu tepung coklat dan gaul sebati.
4. Panaskan oven dengan suhu 170C api atas sahaja (lain oven lain suhunya, ya).
5. Sediakan loyang, alas dasarnya, dan gris dengan butter.
6. Masukkan sekitar 145gm adunan horlicks. Ratakan. Bakar sekitar 7 minit atau sehingga adunan masak.
7. Masukkan pula 145gm adunan susu tepung coklat. Ratakan dan bakar. Ulang langkah melapis adunan horlicks dan susu tepung coklat berselang seli sehingga habis.
Semakin tinggi kek, maka semakin dekat dengan grill. Lapisan kek yang semakin tinggi akan lebih cepat masak. Turunkan suhu atau singkatkan masa bakar.